1. Apa tujuan KSIEWBSM diwujudkan?
- KSIEWBSM diwujudkan bertujuan untuk membantu, membela, membimbing dan tunjukajar kepada para pekerja dalam sektor elektronik khususnya bagi mereka-mereka yang terbabit secara langsung dalam aktiviti pengeluaran dan pembaikan peralatan elektronik seperti komputer dan sebagainya.
2. Adakah KSIEWBSM sah disisi undang-undang?
- KSIEWSSM adalah suatu Kesatuan Sekerja yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Dengan menggunakan nombor pendaftaran 1031, setiap pergerakan KSIEWBSM tertakluk dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Akta 262).
3. Bagaimana untuk mendaftar sebagai AHLI KSIEWBSM?
- Pemohon perlu memuat-turun borang pendaftaran yang terdapat dalam blog ini dan seterusnya menghubungi atau SMS nombor telefon wakil KSIEWBSM untuk pertanyaan lanjut. Wakil KSIEWBSM akan menetapkan tempat, tarikh dan masa yang sesuai untuk penerangan lanjut.
4. Kenapa perlu untuk menghubungi wakil KSIEWBSM? Kenapa tidak cuma hantar borang permohonan AHLI ke alamat KSIEWBSM?
- Kami tidak menggalakan permohonan melalui pos atau sebagainya. Adalah sebaiknya untuk menghubungi terus atau SMS no telefon wakil tersebut. Penerangan secara bersemuka adalah lebih jelas dan mudah difahami.Untuk keterangan lanjut,hubungi talian 012-3129300.
5. Bagaimanakah nama AHLI KSIEWBSM disimpan? Adakah ianya selamat?
- Setiap nama AHLI KSIEWBSM disimpan di Pejabat Berdaftar dan diklasifikasikan sebagai sulit. Hanya Majlis Eksekutif dan wakil KSIEWBSM sahaja dibenarkan untuk menguruskannya.
6. Berapakah bayaran untuk menyertai KSIEWBSM?
- Setiap AHLI baru mendaftar akan dikenakan dengan bayaran Yuran Pendaftaran sebanyak RM4 dan Yuran Bulanan yang pertama iaitu sebanyak RM6. Bayaran yuran pendaftaran ini adalah sekali sahaja iaitu semasa pendaftaran, manakala pembayaran yuran bulanan bolehlah dilakukan mengikut kesuaian dan kemampuan ahli. Ahli bolehlah membayar pada kadar setiap bulan mahupun mengikut 6bulan atau setahun.Resit rasmi akan dikeluarkan untuk sebarang bayaran.
7. Adakah KSIEWBSM mendapat pengiktirafan dari mana mana kilang diPerak ?
- Usaha pertama diPerak bermula dengan kilang Carsem. Kesatuan dalam proses untuk mendapat pengiktirafan dari Pengurusan Carsem.Untuk mendapat pengiktirafan,50% + 1 pekerja yang layak kenalah jadi ahli KSIEWBSM.Apabila pengiktirafan diperolehi,proses rundingan gaji dan faedah boleh dimulakan.

Jika sasaran penyertaan tidak mencukupi,apakah ini akan diteruskan..?
ReplyDeletesekiranya kilang di sekitar telah mempunyai internal union, bolehkah ahli-ahli mereka ini joint atau bagaimana cara untuk kami bergabung dengan anda?
ReplyDelete